

Sebagaimana dirancang pada 6 Nov 2012 semua pelajar berkumpul di IPG Kampus Ipoh bagi mendengar taklimat perkhemahan tersebut dan pada 7 Nov 2012 rombongan pelajar telah bertolak dengan menaiki dua buah bas IPG Kampus Ipoh memakan satu setengah jam perjalanan ke lokasi.
Setiba di lokasi kumpulan pelajar telah bergotong royong mendirikan khemah masing masing yang memuatkan empat orang satu khemah.
Antara aktiviti menarik sepanjang perkhemahan tersebut adalah merentas desa,berenang serta berkayak disamping mengadakan pertunjukan/pertandingan bagi kumpulan pelajar yang terlibat.

