Sabtu, 9 November 2013

LAWATAN PENDIDIKAN

ETS
Tabika Zon Samudera mengadakan lawatan sambil belajar pada 7hb November 2013.Antara lokasi dan program  lawatan kali ini ialah menaiki Keretapi ETS dari stesyen KTM Sungkai ke Ipoh. Seterusnya membuat lawatan ke RTM iaitu Radio Perak FM serta Perpustakaan Awam Negeri Perak.

PERAK FM

Semasa di Perak FM dibawa melawat ke dalam konti dan di Perpustakaan pula diadakan pertandingan mewarna



Selasa, 5 November 2013

HARI GRADUASI KECIL PARLIMEN LUMUT

Hari Graduasi Kecil bagi Tabika Kemas Parlimen Lumut telah diadakan pada 5hb November 2013 bertempat di Dewan Institut Kemahiran Mara Lumut.Ianya telah dirasmikan oleh YB Rashidi bin Ibrahim ADUN Pasir Panjang dihadiri juga oleh Pegawai Kemas Daerah serta ibubapa.Antara aktiviti diadakan adalah persembahan oleh kanak kanak dan acara penyampaian Sijil kepada setiap kanak kanak Tabika Kemas Parlimen Lumut.






 


Sabtu, 2 November 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARIJADI DAN PERPISAHAN

     MAJLIS SAMBUTAN HARIJADI DAN                            PERPISAHAN 2013

Ia dilaksanakan  secara gabungan antaraTabika Kemas IPD Manjung dan Ahli PERKEP IPD Manjung di perkarangan ruang masing masing pada 1 Oktober 2013.Majlis diisikan dengan aktiviti bacaan Yassin dan pertandingan mewarna .Majlis ini dimeriahkan dengan sambutan Harijadi kanak kanak dengan dihadiri oleh  ibubapa dan wakil Kemas Pn Jamaliah Hassan.



Bacaan Yassin


Memotong kek Harijadi


Mewarna


Selasa, 12 Mac 2013

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK KANAK PERASMIAN PAKAR MANJUNG

Banner Perasmian PAKAR Manjung

Sempena perasmian Pasar Komuniti dan Karavan(PAKAR) Manjung oleh YAB Dato Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir pada 9 Mac 2013 anjuran FAMA di pusat tersebut  dan pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya pertandingan mewarna bagi kanak kanak Tabika(5-6) tahun).
Tabika Kemas IPD Manjung telah menghantar kanak  kanak seramai 5 orang dalam pertandingan tersebut.
Di dalam pertandingan mewarna kali ini wakil dari Tabika IPD Manjung telah memonopoli di tempat pertama dan kedua dan saguhati. 
Antara kanak kanak yang cemarlang kali ini ialah adik Farah Nur Alya di tempat pertama dan adik Irfan Darwisy tempat kedua dan adik Afiq mendapat hadiah saguhati.
Tahniah dan selamat maju jaya Tabika Kemas IPD Manjung.





Kawan kawan Meraikan kejayaan


Rabu, 6 Mac 2013

RAWATAN DAN PENDIDIKAN PERGIGIAN


Penjagaan gigi amat penting dalam kehidupan kita seharian.Diperlukan sekurang kurangnya 2 kali sehari kita perlu menggosok gigi.
Setiap tahun Tabika Kemas IPD Manjung akan dikunjungi oleh staf Klinik Pergigian  Daerah Manjung untuk  memberi pendidikan dan rawatan kepada kanak kanak Tabika Kemas sekitar daerah Manjung dan tidak terkecuali Tabika Kemas IPD Manjung.Staf pergigian ini akan mengajar bagaimana penjagaan gigi serta tatacara mengosok gigi yang betul.




KANAK KANAK MENGOSOK GIGI

Ahad, 3 Mac 2013

PESTA LAUT PANGKOR/LUMUT 2013- PERTANDINGAN MEMASAK & MEWARNA

Pesta Laut Pangkor & Lumut  2013 telah bermula 28hb Feb hingga 3hb Mar 2013 di Dataran Lumut dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak  juga selaku Ahli Undangan Negeri Pangkor Dato' Seri Di Raja Dr Zambry bin Abdul Kadir diiringi YDP MPM Zamri Man.
Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Pameran gerai oleh Agensi agensi kerajaan dan swasta,pertandingan karaoke,pertunjukan pentas oleh artis negara,pertandingan memasak ,mewarna bagi kanak kanak tabika/pra sekolah dan sekolah rendah.Disamping itu juga pengunjung boleh membeli belah di gerai barangan yang disediakan serta pengunjung bertuah dapat mengikuti pelayaran bersama kapal layar dari TLDM.Penganjur utama kali ini adalah MPM dan anjuran bersama KEMAS dll serta tajaan dari Lumut Port dan Petronas.
Tabika Kemas IPD Manjung telah menghantar 5 peserta mewarna dalam pertandingan mewarna kali ini.Dalam pertandingan memasak pihak Tabika Kemas IPD Manjung telah menghantar 2 orang wakil serta 
ahli PERKEP IPD Manjung. 



                         PERTANDINGAN MEWARNA




 PERTANDINGAN MEMASAK

Rabu, 27 Februari 2013

MESYUARAT AGUNG TBK KEMAS IPD MANJUNG KE 5 DAN PERTANDINGAN MEMASAK

Majlis Mesyuarat Agung Tabika Kemas IPD Manjung telah diadakan pada 27hb Febuari 2013 bertempat di Dewan Serbaguna IPD Manjung jam 3.00 petang.Di dalam majlis tersebut dihadiri oleh Pengerusi Tabika Kemas IPD Manjung ASP Ahmad bin Abdul Hamid ,wakil Kemas Pn Kamariah bt Long ,ibubapa serta ahli ahli PERKEP.Ucapan dari Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas sokongan padu dan pencapaian pretasi Tabika Kemas IPD Manjung kini.Dalam ucapan balas dari wakil Kemas menyatakan rasa terharu dengan penglibatan dan kerjasama jawatankuasa Tabika Kemas IPD Manjung itu dan berharap banyak lagi aktiviti dapat dijalankan.
Seiringan dengan mesyuarat tersebut majlis telah diselitkan  dengan pertandingan memasak dan gubahan  puding dimana pesertanya dari kalangan ahli ahli PERKEP.



MESYUARAT AGUNG DAN PERTANDINGAN MEMASAK