Awal pagi sudah bangun sebab perlu berada di IPG Kampus Ipoh jam 0600 pagi.Jadi kebanyakkan di antara kami dihantar oleh suami dan berkenderaan sendiri dan bersolat subuh di surau IPG.Dari Ipoh kami ke LCCT -KLIA di mana kapalterbang berlepas sebelah pagi.Masing masing teruja almaklumlah ada antara kami pertama kali naik kapalterbang,jadi bercampur baur perasaan kami,ada seronok ,takut pun ada ,masing masing berdoa semoga selamat pergi dan balik.
Akhirnya dapat juga kami menjejaki kaki ke negeri bawah bayu yang selama hanya mendengar dari media masa dan cerita pengalaman dari suamiku semasa berkhidmat dalam TLDM yang selalu ke Malaysia Timur.Kami menginap di Marina Court Kondo yang berdekatan dengan Bandaraya Kota Kinabalu dan boleh melihat pemandangan laut yang indah.Jadi setelah kami melepaskan penat semasa perjalanan maka bermulalah acara dengan menjamu selera bersama sama pensyarah dan rakan seperjuangan.
Pada hari pertama kami telah di bawa melawat sebuah Tabika Kemas Kampung Petagas dimana dapat melihat suasana kelas dan kanak kanaknya.Seterusnya kami telah menaiki bot menuju ke Sekolah Menengah Pulau Gaya di Pulau Gaya.Keistimewaan sekolah ini adalah keseluruhan bangunannya berada di atas air.Kami diberi taklimat berkenaan sekolah kedua dua tempat tersebut.
Alangkah penat sehari melawat kawasan itu,maka pada malamnya adalah waktu santai bagi kami.Bagi yang membawa wang lebih bolehlah berbelanja sedikit dan membeli ole ole untuk kaum keluarga.Tempat menjadi kunjungan adalah "pasar Filipina" di mana boleh terdapat pelbagai aksesori perhiasan yang diperbuat dari mutiara dan bermacam lagi jualannya.Di sebelahan pasar
tersebut terdapat medan selera yang dianggap syurga makanan laut tetapi awas dengan harga dan kebersihannya.Kami juga sempat merayau rayau di pasar malam berhampiran mencari apa yang berkenan.
tersebut terdapat medan selera yang dianggap syurga makanan laut tetapi awas dengan harga dan kebersihannya.Kami juga sempat merayau rayau di pasar malam berhampiran mencari apa yang berkenan.
Pada keesokan hari kami telah menuju ke Kundansang.Tempat ini lebih kurang seperti di Cameron Highland terdapat pelbagai jenis sayur sayuran yang segar dan subur disebabkan faktor geografinya bertanah tinggi dan beriklim sejuk.Walaupun tidak dapat menjejak kaki puncak Gunung Kinabalu namun dapat berlatarbelakangkan gunung tertinggi di Malaysia ini sudah membanggakan kami.Sepanjang pergi dan balik ke Kundansang itu kami sempat melihat tempat pemulihara ikan kelah yang banyak dan lagi jinak.Di kesempatan itu kami dapat merasa terapi ikan ikan tersebut sambil memberi makanan.Disamping itu sempat merakamkan keindahan di sepanjang perjalanan antaranya Jambatan Tamparuli dan Gunung Kinabalu.