Sabtu, 15 September 2012

SUSUN SELIPAR

Permainan dimainkan oleh kanak kanak lelaki dan perempuan .
Peralatan yang diperlukan adalah tiga belah selipar dan sebiji bola.
Pemain yang pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling bola ke arah selipar yang telah disusun.
Setiap pemain dibenarkan membuat tiga kali balingan untuk menjatuhkan semua selipar.
Pemain kedua dari kumpulan utama boleh menyambung permainan dengan melontar bagi menjatuhkan baki selipar.
Sekiranya semua selipar dijatuhkan maka pemain kumpulan kedua berusaha mematikan lawannya dengan membuat balinagn bola dan dihalakan ke arah badan kumpulan utama.
Satu mata diberikan jika pemain kumpulan utama berjaya menyusun semula kesemua selipar.




GASING

Permainan individu dimainkan oleh kanak kanak lelaki di halaman rumah atau tempat lapang.
Membuat satu bulatan dengan cara menggores di atas permukaan tanah.
Menentukan penentuan dengan cara setiap pemain melontar gasing masing ke arah garisan penentuan.
Gasing yang jatuh hampir dengan garisan serta berpusing akan mengambil giliran pertama.
Gasing yang paling jauh dan tidak berpusing dijadikan gasing penahan.
Pemain pertama memulakan permainan dengan cara memangkah gasing penahan yang berada di dalam bulatan.
Setiap pemain mestilah memiliki kemahiran melilit gasing,menjatuh dan memusingkan gasing.



LAWAN BOLA

Permainan individu ini dimainkan di anjung rumah atau tempat lapang bertutup.
Pemain menyediakan peralatan permainan seperti bola ,pemain(kertas keras) dan gol daripada kertas.
Kedua dua pemain menyusun kedudukan pemain seperti susunan pemain bola sebenar.
Memulakan sepakan bola dengan cara menjentik pemain atau menepuk pemain.
Sekiranya tepukan kuat dan baik bola meluncur laju ke arah gol dan masuk.
Kedua dua pemain berusaha mengalahkan lawan masing masing dengan menyumbat gol.
Pemain yang berjaya menjaringkan gol paling banyak dikira pemenang.






Jumaat, 14 September 2012

CARI CUCU

Permainan ini amat digemari oleh kedua dua kanak kanak.
Sebatang kayu diibaratkan sebatang tongkat dan sehelai saputangan atau kain digunakan sebagai penutup mata.
Undian dilakukan bagi mencari seorang pemain yang menjadi nenek.Manakala yang lain menjadi cucunya.
Seterusnya   cucu berpegangan tangan menglilingi (bulatan) nenek.
Kemudian mendendangkan lagu  dan cucu tersebut bergerak mengelilingi nenek ditengah tengah bulatan.
Selesai cucu nyanyian itu  tiba giliran nenek menyanyi lagu tersebut.
Seterusnya nenek mencari seseorang yang berada dikelilingnya.




ACI SOROK

Kanak kanak lelaki dan perempuan menggemari permainan ini dan adakalanya bermain bersama sama.
Undian dilakukan untuk mendapatkan seorang pemain yang berperanan sebagai pencari.
Manakala pemain lain dikenali sebagai awak awak.
Tiang atau pokok akan dijadikan rumah induk untuk pencari membuat kiraan 1 sehingga 100 sambil menutup matanya.
Sejurus selesai membuat kiraan ,pencari memulakan pencariannya.
Pencari mestilah menyebut nama pemain diikuti sebutan 'ibu' apabila berjaya menjumpai salah seorang pemain.




Khamis, 13 September 2012

KONDA KONDI

Permainan dimonopoli oleh kanak kanak lelaki.
Terlebih dahulu melakukan undian mendapatkan giliran sebagai pemain kumpulan utama dan kumpulan kedua.
Lubang dikorek di atas permukaan tanah.Pemain utama meletak kayu anak melintangi lubang.Lalu menguis kayu anak menggunakan kayu ibu.
Pemain kumpulan kedua berusaha menangkap kayu anak yang melambung di udara.
Jika kayu anak berjaya disambut,maka kumpulan utama dikira mati.Giliran permainan bertukar.Kumpulan kedua akan mengambil alih.
Meneruskan permainan pada tahap kedua.Pemain utama memukul kayu anak.
Pemain utama berusaha menghalang kayu anak yang dibaling oleh pemain kedua.
Mata dikira dengan cara membaringkan kayu anak menghala ke arah lubang.



JALA ITEK

Permainan ini menjadi kegemaran kanak kanak lelaki dan perempuan,malah mereka bermain bersama sama.
Dua orang pemain dilantik sebagai ketua dan mereka dikehendaki mencari ahli kumpulan masing masing.
Setiap ketua memilih nama samaran masing masing .Hanya mereka berdua sahaja yang mengetahuinya.
Kedua dua ketua berdiri secara berhadapan sambil memegang tangan masing masing dan diangkat sedikit ke atas.
Sambil mendendangkan nyanyian ,awak awak berjalan di bawah tangan kedua dua ketua tersebut.
Pemain yang ditangkap dikehendaki memilih nama samaran .Jika pemain memilih nama samaran ketua yang pertama, maka pemain ini menjadi ahli kumpulannya.
Setelah setiap kumpulan mempunyai ahli masing masing ,kemudian melakukan adu kekuatan.Kumpulan yang berjaya menarik masuk kumpulan lawan ke kawasannya dikira sebagai pemenang.


Add caption

Isnin, 10 September 2012

CONGKAK

Kebiasaan permainan individu ini dimainkan oleh kanak kanak perempuan.Selain kanak kanak ,golongan perempuan dewasa juga meminatinya.
Bahan utama digunakan ialah guli,batu kerikil,biji getah boleh dijadikan biji congkak.Pemain juga menyediakan gelanggang permainan samada menggali lubang  atau papan congkak buatan manusia.
Setiap pemain memasukkan 7 biji buah congkak ke dalam setiap lubang congkak.
Permainan dimulakan serentak dan setiap pemain berusaha menambah bilangan buah congkak di dalam lubang rumah masing masing.Permainan berterusan sehingga tiada lagi buah congkak berada di dalam lubang di kampung masing masing.
Permainan ini mengambil masa yang agak lama dan pemain yang berjaya memungut buah congkak terbanyak dianggap pemenang permainan ini.



BALING TIN

Permainan ini dibuat secara berkumpulan dan dimainkan oleh kanak kanak lelaki dan perempuan.
Sebelum memulakan permainan undian dibuat terlebih dahulu untuk penentuan giliran untuk memulakan permainan.
Seterusnya tin tin kosong akan disusun berbentuk piramid.Kumpulan dari kumpulan utama akan membaling bola ke arah tin.Setiap pemain diberikan peluang sebanyak tiga kali untuk menjatuhkan semua tin.
Jika pemain berjaya menjatuhkan semua tin ,maka tugas pemain kumpulan  kedua  adalah membaling bola ke arah pemain utama untuk mematikannya.
Sekiranya pemain utama berjaya menyusun semula tin ,maka kumpulan ini dianggap pemenang pada  pusingan ini.



MENGHANTAR BOLA

Pemain dikehendaki berbaris dalam satu barisan yang lurus.
Berikan bola pada pemain pertama.
Pemain yang pertama tadi akan mengolekkan bola melalui kakinya sehingga ke belakang garisan.
Apabila bola itu sampai kepada pemain terakhir ,dia akan memberi bola kepada pemain di hadapan melalui atas kepala.
Keseronokan permainan ini adalah melihat betapa pantas pemain pemain boleh menghantar bola kepada rakan mereka.Katakan 'Bersiap sedia'dan 'Mula'.
Setiap kali pemain pemain mengulangi permainan ini,mereka menghantar bola dengan pantas lagi.



LARI BERHALANGAN

Pemain pemain berbaris dalam keadaan satu baris yang lurus.
Pemain pemain akan melompat dengan dua belah kaki ke dalam gelung rotan kemudian menaiki kerusi panjang dan berjalan sambil mengimbang diri sehingga tamat.
Apabila tamat pemain pemain tersebut dikehendaki berlari semula ke arah rakan.
Seterusnya pemain pemain kedua akan melakukan aktiviti yang sama sehingga semua selesai.
Sekiranya ada pemain pemain terjatuh dia perlu mengulangi semula dari awal.




LARI BERHALANGAN


Ahad, 9 September 2012

MENYUSUN TIN

Pemain pemain berbaris dalam satu baris yang lurus.
Pemain yang pertama akan berlari mengambil satu tin susu kosong dan diletakkan di atas papan pelapik.
Pemain kedua dan seterusnya berlari mengambil tin susu kosong tersebut dan menyusunnya sampai menjadi piramid.
Pemain pemain kemudian menyusun tin susu kosong dari bawah sehingga ke atas mengikut susunan yang betul.



MENYUSUN TIN MEMBENTUK PIRAMID

BOWLING PADANG

Pemain pemain berbaris dalam keadaan lurus.Seterusnya  10 biji botol plastik berisi air disusun dalam keadaan segitiga.
Pemain pertama akan membaling bola secara meleret ke arah botol yang telah disusun dengan menjatuhkannya.
Setelah selesai pemain pertama, perbuatan yang sama akan dilakukan oleh pemain  kedua dan seterusnya.
Pemain yang berjaya banyak menjatuhkan botol paling banyak dikira sebagai pemenang.





LOMPAT GETAH

Permainan ini di mana pemain berbaris baris mengikut kumpulan masing masing.
Kemudian dua orang pemain memegang kedua dua hujung pintalan getah.
Jarak antara pemain dengan rantai getah lebih kurang 3 meter.
Pemain pemain berlari ke arah rantai getah dan melompat mengikut giliran pada paras kaki dan lutut.
Setelah selesai satu pusingan tukar pemain yang memegang rantai getah dengan pemain yang lain .
Aktiviti dilakukan sehingga murid dapat melompat mengikut aras ditetapkan.




KETINTING BUKU


Permainan ini merupakan kegemaran bagi kanak kanak perempuan namun kanak kanak lelaki juga menyertainya.
Selain aturan permainan,gelanggang bagi ketinting ini juga berbeza dari ketinting kapalterbang.
Melakukan penentuan giliran menggunakan kaedah 'lai lai li tam plong' dan seterusnya 'wan tu som'.
kesemua pemain meletakkan gundu masing masing di petak pertama.
Pemain pertama memulakan permainan.Gundunya dikutip ketika berada selari dengan kedudukannya.
Sebelum membina rumah ,pemain perlu melakukan imbangan gundu terlebih dahulu.
Semasa mencampakan gundu untuk membina rumah,pemain mestilah membelakangi gelanggang permainan.
Setiap pemain berusaha untuk memiliki rumah sebanyak mungkin.





BATU SEREMBAN


Kebiasaannya permainan ini dimonopoli dan digemari oleh kanak kanak perempuan.
Medium yang digunakan adalah seperti guli,batu kelikir,biji getah atau pundi pundi kecil dijadikan buah.
Pemain utama memulakan permainan dengan cara menabur buah buah tersebut.
Jika ada buah yang bersentuhan ,maka status pemain dianggap 'mati'.
Setiap peringkat buah adalah bebeza mengikut urutan aturan yang telah ditetapkan.
Ianya bermula dari buah satu hingga kepada buah terakhir yang juga dikenali sebagai buah 'king'.
Seterusnya melakukan imbangan buah bagi mendapatkan mata.
Pemain yang berjaya memungut mata yang terbanyak dikira sebagai pemenang.




GALAH PANJANG


Permainan berkumpulan ini merupakan kegemaran kanak kanak lelaki juga perempuan.
Terlebih dahulu membuat gelanggang dengan cara menggores garisan empat segi  tepat dibahagikan kepada beberapa bahagian di atas permukaan tanah.
Setiap kumpulan terdiri dari 3-4 pemain awak awak dan seorang sebagai ketua kumpulan.
Apabila seorang pemain penyerang berjaya disentuh,maka kumpulan ini dikira 'mati'.
Pertukaran giliran dilakukan pasukan pertahanan mengambil peranan sebagai pasukan penyerang.
Pemain penyerang yang berjaya melepasi garisan dan berjaya tiba di garisan penamat dianggap memenangi pusingan ini.Satu mata diberikan kepada kumpulan tersebut.
Kumpulan memungut mata tertinggi dikira pemenang.


PERMAINAN KECIL

Pengenalan

Bermain merupakan perkara yang paling digemari oleh kanak kanak.Bermain merupakan proses semulajadi dan spontan.Bermain adalah kerja kanak kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran.Bermain juga membenarkan kanak kanak melakukan aktiviti aktiviti yang kreatif.Bagi kanak yang sedang membesar,bermain adalah merupakan keperluan dan suatu yang amat mengujakan.Bermain juga tidak dianggap satu bebanan kepada mereka malahan satu kepuasan.Melalui aktiviti ini kanak kanak juga dapat belajar pelbagai perkara dan proses ini dikenali pembelajaran tidak formal.

Permainan kecil adalah sangat penting dalam kehidupan kanak kanak .Permainan kecil boleh melibatkan koordinasi motor kasar dan motor halus.Koordinasi motor kasar melibatkan pergerakan otot otot besar seperti melompat,berlari dan manakala koordinasi motor halus pula melibatkan pergerakan otot otot kecil seperti menggunting,melipat dan lain lain.Kesimpulannya dengan bermain kanak dapat:
  • Menggunakan lima deria
  • Bergerak
  • Berfikir
  • Berkomunikasi
  • Eksperimen atau uji kaji
  • Membuat andaian dan keputusan
  • Meluah perasaan marah ,geram dan gembira
  • Berinteraksi dengan persekitaran
  • Kematangan bersosial
Antara ciri ciri permainan kecil adalah seperti melibatkan kemahiran kemahiran asas,mempunyai peraturan yang minimum,menggunakan peralatan yang sedikit,menggunakan ruang yang kecil atau sederhana dan mudah dilaksanakan dan dikendalikan.

Beberapa tokoh pendidikan memberi pandangan berkaitan bermain antaranya:

Froebel
Froebel(1782-1852)menwujudkan program kindegarten 1 di Jerman untuk kanak kanak 4-5 tahun berkonsepkan "bermain sambil belajar".Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang menggembirakan.Dengan bermain kanak kanak dapat meningkat kemahiran.
Piaget
Piaget pula menyatakan bermain memberi kesan ke atas perkembangan kognitif.Ia terbukti mempunyai kaitan dengan proses pembinaan pegetahuan melalui interaksi dan persekitarannya.

"Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna.Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak kanak.Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan,penemuan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semulajadi"
              
(Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003)



TABIKA KEMAS IPD MANJUNG


                                                    TABIKA KEMAS IPD MANJUNG

 KELAS

Tabika Kemas IPD Manjung telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada 05 Januari 2009.Kini telah masuk  tahun ke 4 penubuhannya.Saya merupakan tenaga pengajar pertama mengajar di Tabika ini.Sebelum saya  mengajar di sini saya pernah bertugas di Tabika Kemas TLDM selama 16 tahun.Pengerusi Tabika ini adalah seorang Pegawai Polis dari Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan dan Penasihatnya ialah Pegawai Kemas Daerah.




Pihak Pentadbiran dan Pengurusan telah menyediakan bangunan khas dan dilengkapi dengan kemudahan asas sebuah sekolah tabika seperti kelas,bilik guru,ruang memasak,bilik air serta padang permainan.Sementara pihak Kemas telah menyediakan peralatan perabut serta alat bantu mengajar serta peralatan peralatan  lain bagi kemudahan Tabika ini.




Buat ketika ini Tabika mempunyai seorang tenaga pengajar dan seorang pembantu guru serta dibantu barisan AJK dalam menjayakan pelbagai aktiviti .Sesungguhnya saya berasa bangga dan teruja menjadi tenaga pengajar disini bersama kanak kanak tersayang.


PADANG PERMAINAN
WAKAF MENANTI