Rabu, 19 September 2012

MAIN SAPU TANGAN

Pemain dikehendaki membuat bulatan dan duduk mencangkung.
Pemain akan memilih seorang untuk membawa saputangan berjalan mengelilingi bulatan tersebut.
Pembawa saputangan(pemain A) boleh meletakkan saputangan di belakang pemain lain yang dipilih (pemain B) tanpa disedari oleh pemain itu.
Pemain A perlu lari kerana akan dikejar oleh pemain B.
Pemain B perlu mengejar pemain A dan memukul pemain A dengan saputangan itu.



LASTIK GETAH

Kebiasaan permainan ini digemari oleh kanak kanak lelaki.
Pemain akan memacakkan 2 batang kayu atau lidi di atas tanah kanan dan kiri pada berkeadaan jarak lebih kurang 4 inci.
Seterusnya memasangkan 2 urat getah merentang kayu sebagai para.
Kemudian sangkut(letakkan) sebanyak mungkin getah di atas para tadi.
Pemain akan berdiri pada jarak 1 setengah meter dan akan melastik getah tersebut.
Getah yang jatuh adalah miliknya.
Sekiranya pemain melastik tidak menjatuhkan getah,maka giliran seterusnya pada pemain lain.
Ulang sehingga semua getah di atas para habis dilastik. 






Selasa, 18 September 2012

PERIGI RACUN

Buat beberapa kumpulan kecil yang mengandungi antara 4 hingga 6 orang kanak kanak.
Kanak kanak dikehendaki berpegangan tangan dan membentuk bulatan(dalamnya diletakkan gelung rotan yang dijadikan perigi racun).
Mereka akan menarik antara satu sama lain dalam bulatan.
Masing masing cuba mengelak daripada terpijak  ataupun termasuk dalam bulatan.
Sesiapa yang terpijak atau terjatuh ke dalam bulatan dikira mati dan dikeluarkan daripada kumpulan.