Isnin, 10 Disember 2012

BINA INSAN GURU (B.I.G)

Kumpulan pelajar Kemas Ambilan Nov 2010 ,Kemas Ambilan Nov 2011 dan Japnin Nov 2011 telah mengadakan satu perkhemahan di Tanjung Uda River Resort Sitiawan Perak.Perkhemahan selama tiga hari dua malam itu diadakan pada 7 hingga 9 Nov 2012.Perkhemahan diketuai oleh Pensyarah Jabatan Jasmani Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.Tujuan perkhemahan ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan menguji ketahanan mental dan fizikal pelajar semasa hidup di luar rumah. 
Sebagaimana dirancang pada 6 Nov 2012 semua pelajar berkumpul di IPG Kampus Ipoh bagi mendengar taklimat perkhemahan tersebut dan pada  7 Nov 2012 rombongan pelajar telah bertolak dengan menaiki  dua buah bas IPG Kampus Ipoh memakan satu setengah jam perjalanan ke lokasi.
Setiba di lokasi kumpulan pelajar telah bergotong royong mendirikan khemah masing masing yang memuatkan empat orang satu khemah.
Antara aktiviti menarik sepanjang perkhemahan tersebut adalah merentas desa,berenang serta berkayak disamping mengadakan pertunjukan/pertandingan bagi kumpulan pelajar yang terlibat.



Secara keseluruhannya perkhemahan ini mencapai matlamatnya dimana pelajar telah banyak mempelajari hal disiplin dan menimba pengalaman bagaimana hidup berdikari /berkumpulan.Kumpulan Kemas Ambilan Nov 2010 diistiyarkan johan keseluruhan dalam perkhemahan ini.Syabas.