Isnin, 15 Oktober 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TBK KEMAS IPD...


Dalam memenuhi aktiviti tahunan ,Tabika Kemas IPD Manjung tidak terlepas peluang membuat aktiviti Lawatan Sambil Belajar.Sejak tahun 2009 lagi Tabika Kemas IPD Manjung telah membuat aktiviti bersama AJK serta ibubapa.Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendedahkan kepada kanak kanak  belajar tentang dunia luar serta mendapat belajar sesuatu dari aktiviti tersebut.

ZOO TAIPING
Antara   lokasi yang pernah dilawati oleh Tabika Kemas IPD Manjung sejak 2009 adalah Zoo,Museum Pertama di Taiping.Seterusnya pada tahun 2010 Lawatan ke Taman Rama Rama,Taman Negara Teluk Bahang dan Museum Patung di Pulau Pinang.

WATER PARK BUKIT MERAH
Pada tahun 2011 pula membuat lawatan ke Zoo Negara di Hulu Klang.Disamping dapat dapat melihat  binatang binatang liar secara dekat kanak juga menyaksikan pertunjukan dari binatang seperti ikan lumba dan burung kakak tua.
Pada 2012 Tabika Kemas IPD Manjung telah membuat lawatan ke Lake TOwn Bukit Merah Semanggol Perak.Di antara tempat yang dilawati ialah Ecopark  dan Waterpark menjadi pilihan.

              MUSEUM TAIPING
             
             TAMAN RAMA RAMA
MUSEUM PATUNG








                     
ZOO NEGARA



Ahad, 14 Oktober 2012

HARI POTENSI KEMAS 2012...


IRFAN DARWISY BIN NASHAHRUDI
Tujuan Hari Potensi Kemas adalah mencungkil bakat bagi kanak kanak pra sekolah serta  membentuk keberanian serta keyakinan diri mereka.            
Senario pertandingan bermula dari peringkat Parlimen  seterusnya ke peringkat Daerah sebelum ke peringkat Negeri.
Bagi Hari Potensi Kemas 2012 kali ini Tabika Kemas IPD Manjung  telah menghantar seorang wakil kanak kanak iaitu adik Irfan Darwisy bin Nashahrudi berusia 5 tahun dalam pertandingan Tilawah Al Quran.Acara peringkat Parlimen telah diadakan di Tabika Kemas 3A   Seri Manjung di mana adik Irfan telah menjuarai bahagian Lelaki.

PERINGKAT PARLIMEN LUMUT 
Seterusnya adik Irfan telah bertanding di Peringkat Daerah di Tabika Kemas Pangkalan TLDM dimana beliau sekali lagi menjuarai bahagian lelaki.
Kejayaan adik Irfan ini telah melayakkan beliau ke peringkat seterusnya iaitu peringkat Negeri.Pertandingan kali ini telah  diadakan di Daerah Hilir Perak di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh.Di dalam pertandingan tersebut adik Irfan telah  hanya mendapat tempat saguhati namun sedikit sebanyak mendedahkan beliau serta pengalaman yang tidak terhingga.Sebelum ini Tabika  Kemas IPD Manjung pernah melayakkan diri ke peringkat Daerah bagi acara  Rounders pada tahun 2010. Selamat Maju jaya adik Irfan dan Tabika Kemas IPD Manjung.