Rabu, 6 Mac 2013

RAWATAN DAN PENDIDIKAN PERGIGIAN


Penjagaan gigi amat penting dalam kehidupan kita seharian.Diperlukan sekurang kurangnya 2 kali sehari kita perlu menggosok gigi.
Setiap tahun Tabika Kemas IPD Manjung akan dikunjungi oleh staf Klinik Pergigian  Daerah Manjung untuk  memberi pendidikan dan rawatan kepada kanak kanak Tabika Kemas sekitar daerah Manjung dan tidak terkecuali Tabika Kemas IPD Manjung.Staf pergigian ini akan mengajar bagaimana penjagaan gigi serta tatacara mengosok gigi yang betul.




KANAK KANAK MENGOSOK GIGI

Ahad, 3 Mac 2013

PESTA LAUT PANGKOR/LUMUT 2013- PERTANDINGAN MEMASAK & MEWARNA

Pesta Laut Pangkor & Lumut  2013 telah bermula 28hb Feb hingga 3hb Mar 2013 di Dataran Lumut dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak  juga selaku Ahli Undangan Negeri Pangkor Dato' Seri Di Raja Dr Zambry bin Abdul Kadir diiringi YDP MPM Zamri Man.
Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Pameran gerai oleh Agensi agensi kerajaan dan swasta,pertandingan karaoke,pertunjukan pentas oleh artis negara,pertandingan memasak ,mewarna bagi kanak kanak tabika/pra sekolah dan sekolah rendah.Disamping itu juga pengunjung boleh membeli belah di gerai barangan yang disediakan serta pengunjung bertuah dapat mengikuti pelayaran bersama kapal layar dari TLDM.Penganjur utama kali ini adalah MPM dan anjuran bersama KEMAS dll serta tajaan dari Lumut Port dan Petronas.
Tabika Kemas IPD Manjung telah menghantar 5 peserta mewarna dalam pertandingan mewarna kali ini.Dalam pertandingan memasak pihak Tabika Kemas IPD Manjung telah menghantar 2 orang wakil serta 
ahli PERKEP IPD Manjung. 



                         PERTANDINGAN MEWARNA




 PERTANDINGAN MEMASAK