Majlis Mesyuarat Agung Tabika Kemas IPD Manjung telah diadakan pada 27hb Febuari 2013 bertempat di Dewan Serbaguna IPD Manjung jam 3.00 petang.Di dalam majlis tersebut dihadiri oleh Pengerusi Tabika Kemas IPD Manjung ASP Ahmad bin Abdul Hamid ,wakil Kemas Pn Kamariah bt Long ,ibubapa serta ahli ahli PERKEP.Ucapan dari Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas sokongan padu dan pencapaian pretasi Tabika Kemas IPD Manjung kini.Dalam ucapan balas dari wakil Kemas menyatakan rasa terharu dengan penglibatan dan kerjasama jawatankuasa Tabika Kemas IPD Manjung itu dan berharap banyak lagi aktiviti dapat dijalankan.
Seiringan dengan mesyuarat tersebut majlis telah diselitkan dengan pertandingan memasak dan gubahan puding dimana pesertanya dari kalangan ahli ahli PERKEP.
MESYUARAT AGUNG DAN PERTANDINGAN MEMASAK