Rabu, 19 September 2012

LASTIK GETAH

Kebiasaan permainan ini digemari oleh kanak kanak lelaki.
Pemain akan memacakkan 2 batang kayu atau lidi di atas tanah kanan dan kiri pada berkeadaan jarak lebih kurang 4 inci.
Seterusnya memasangkan 2 urat getah merentang kayu sebagai para.
Kemudian sangkut(letakkan) sebanyak mungkin getah di atas para tadi.
Pemain akan berdiri pada jarak 1 setengah meter dan akan melastik getah tersebut.
Getah yang jatuh adalah miliknya.
Sekiranya pemain melastik tidak menjatuhkan getah,maka giliran seterusnya pada pemain lain.
Ulang sehingga semua getah di atas para habis dilastik. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan