Bermain merupakan perkara yang paling digemari oleh kanak kanak.Bermain merupakan proses semulajadi dan spontan.Bermain adalah kerja kanak kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran.Bermain juga membenarkan kanak kanak melakukan aktiviti aktiviti yang kreatif.Bagi kanak yang sedang membesar,bermain adalah merupakan keperluan dan suatu yang amat mengujakan.Bermain juga tidak dianggap satu bebanan kepada mereka malahan satu kepuasan.Melalui aktiviti ini kanak kanak juga dapat belajar pelbagai perkara dan proses ini dikenali pembelajaran tidak formal.
Permainan kecil adalah sangat penting dalam kehidupan kanak kanak .Permainan kecil boleh melibatkan koordinasi motor kasar dan motor halus.Koordinasi motor kasar melibatkan pergerakan otot otot besar seperti melompat,berlari dan manakala koordinasi motor halus pula melibatkan pergerakan otot otot kecil seperti menggunting,melipat dan lain lain.Kesimpulannya dengan bermain kanak dapat:
- Menggunakan lima deria
- Bergerak
- Berfikir
- Berkomunikasi
- Eksperimen atau uji kaji
- Membuat andaian dan keputusan
- Meluah perasaan marah ,geram dan gembira
- Berinteraksi dengan persekitaran
- Kematangan bersosial
Antara ciri ciri permainan kecil adalah seperti melibatkan kemahiran kemahiran asas,mempunyai peraturan yang minimum,menggunakan peralatan yang sedikit,menggunakan ruang yang kecil atau sederhana dan mudah dilaksanakan dan dikendalikan.
Beberapa tokoh pendidikan memberi pandangan berkaitan bermain antaranya:
Froebel
Froebel(1782-1852)menwujudkan program kindegarten 1 di Jerman untuk kanak kanak 4-5 tahun berkonsepkan "bermain sambil belajar".Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang menggembirakan.Dengan bermain kanak kanak dapat meningkat kemahiran.
Piaget
Piaget pula menyatakan bermain memberi kesan ke atas perkembangan kognitif.Ia terbukti mempunyai kaitan dengan proses pembinaan pegetahuan melalui interaksi dan persekitarannya.
"Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna.Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak kanak.Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan,penemuan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semulajadi"
(Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan