IRFAN DARWISY BIN NASHAHRUDI |
Tujuan Hari Potensi Kemas adalah mencungkil bakat bagi kanak kanak pra sekolah serta membentuk keberanian serta keyakinan diri mereka.
Senario pertandingan bermula dari peringkat Parlimen seterusnya ke peringkat Daerah sebelum ke peringkat Negeri.
Bagi Hari Potensi Kemas 2012 kali ini Tabika Kemas IPD Manjung telah menghantar seorang wakil kanak kanak iaitu adik Irfan Darwisy bin Nashahrudi berusia 5 tahun dalam pertandingan Tilawah Al Quran.Acara peringkat Parlimen telah diadakan di Tabika Kemas 3A Seri Manjung di mana adik Irfan telah menjuarai bahagian Lelaki.
PERINGKAT PARLIMEN LUMUT |
Seterusnya adik Irfan telah bertanding di Peringkat Daerah di Tabika Kemas Pangkalan TLDM dimana beliau sekali lagi menjuarai bahagian lelaki.
Kejayaan adik Irfan ini telah melayakkan beliau ke peringkat seterusnya iaitu peringkat Negeri.Pertandingan kali ini telah diadakan di Daerah Hilir Perak di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh.Di dalam pertandingan tersebut adik Irfan telah hanya mendapat tempat saguhati namun sedikit sebanyak mendedahkan beliau serta pengalaman yang tidak terhingga.Sebelum ini Tabika Kemas IPD Manjung pernah melayakkan diri ke peringkat Daerah bagi acara Rounders pada tahun 2010. Selamat Maju jaya adik Irfan dan Tabika Kemas IPD Manjung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan