Kumpulan pelajar Kemas Ambilan Nov 2010 ,Kemas Ambilan Nov 2011 dan Japnin Nov 2011 telah mengadakan satu perkhemahan di Tanjung Uda River Resort Sitiawan Perak.Perkhemahan selama tiga hari dua malam itu diadakan pada 7 hingga 9 Nov 2012.Perkhemahan diketuai oleh Pensyarah Jabatan Jasmani Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.Tujuan perkhemahan ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan menguji ketahanan mental dan fizikal pelajar semasa hidup di luar rumah.
Sebagaimana dirancang pada 6 Nov 2012 semua pelajar berkumpul di IPG Kampus Ipoh bagi mendengar taklimat perkhemahan tersebut dan pada 7 Nov 2012 rombongan pelajar telah bertolak dengan menaiki dua buah bas IPG Kampus Ipoh memakan satu setengah jam perjalanan ke lokasi.
Setiba di lokasi kumpulan pelajar telah bergotong royong mendirikan khemah masing masing yang memuatkan empat orang satu khemah.
Antara aktiviti menarik sepanjang perkhemahan tersebut adalah merentas desa,berenang serta berkayak disamping mengadakan pertunjukan/pertandingan bagi kumpulan pelajar yang terlibat.
Secara keseluruhannya perkhemahan ini mencapai matlamatnya dimana pelajar telah banyak mempelajari hal disiplin dan menimba pengalaman bagaimana hidup berdikari /berkumpulan.Kumpulan Kemas Ambilan Nov 2010 diistiyarkan johan keseluruhan dalam perkhemahan ini.Syabas.
Isnin, 10 Disember 2012
Rabu, 24 Oktober 2012
MINI KONVOKESYEN GRADUASI KECIL ZON SAMUDERA
URUSETIA |
KATA KATA ALUAN |
PENYAMPAIAN SIJIL |
Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Puan Rohani bt Mohd Yasin Penyelia Perhubungan Parlimen Lumut.Di dalam Majlis itu juga dihadiri oleh wakil wakil pengerusi bagi setiap Tabika Zon Kemas serta ibubapa.
Majlis dimulakan dengan kata kata aluan oleh Naib Pengerusi Tabika IPD En.Ahmad Suffin bin Zainal dan perasmian oleh Puan Rohani.Antara persembahan oleh kanak kanak Tabika Kemas adalah bacaan Surah dan penterjemahan oleh adik Irfan Darwishsy bin Nashahrudi,bercerita oleh Tabika Kemas Manjung Point Kelas I dan persembahan Koir gabungan Tabika Kemas Zon Samudera.
KOIR |
Syabas di ucapkan kepada guru guru,pembantu pembantu serta barisan AJK dan urusetia yang bertungkus lumus menjayakan Majlis tersebut.
Hidup Tabika Kemas Zon Samudera.
Hidup Tabika Kemas Zon Samudera.
Isnin, 15 Oktober 2012
LAWATAN SAMBIL BELAJAR TBK KEMAS IPD...
Dalam memenuhi aktiviti tahunan ,Tabika Kemas IPD Manjung tidak terlepas peluang membuat aktiviti Lawatan Sambil Belajar.Sejak tahun 2009 lagi Tabika Kemas IPD Manjung telah membuat aktiviti bersama AJK serta ibubapa.Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendedahkan kepada kanak kanak belajar tentang dunia luar serta mendapat belajar sesuatu dari aktiviti tersebut.
ZOO TAIPING |
Antara lokasi yang pernah dilawati oleh Tabika Kemas IPD Manjung sejak 2009 adalah Zoo,Museum Pertama di Taiping.Seterusnya pada tahun 2010 Lawatan ke Taman Rama Rama,Taman Negara Teluk Bahang dan Museum Patung di Pulau Pinang.
WATER PARK BUKIT MERAH |
Pada 2012 Tabika Kemas IPD Manjung telah membuat lawatan ke Lake TOwn Bukit Merah Semanggol Perak.Di antara tempat yang dilawati ialah Ecopark dan Waterpark menjadi pilihan.
MUSEUM TAIPING |
TAMAN RAMA RAMA |
MUSEUM PATUNG |
ZOO NEGARA |
Ahad, 14 Oktober 2012
HARI POTENSI KEMAS 2012...
IRFAN DARWISY BIN NASHAHRUDI |
Tujuan Hari Potensi Kemas adalah mencungkil bakat bagi kanak kanak pra sekolah serta membentuk keberanian serta keyakinan diri mereka.
Senario pertandingan bermula dari peringkat Parlimen seterusnya ke peringkat Daerah sebelum ke peringkat Negeri.
Bagi Hari Potensi Kemas 2012 kali ini Tabika Kemas IPD Manjung telah menghantar seorang wakil kanak kanak iaitu adik Irfan Darwisy bin Nashahrudi berusia 5 tahun dalam pertandingan Tilawah Al Quran.Acara peringkat Parlimen telah diadakan di Tabika Kemas 3A Seri Manjung di mana adik Irfan telah menjuarai bahagian Lelaki.
PERINGKAT PARLIMEN LUMUT |
Seterusnya adik Irfan telah bertanding di Peringkat Daerah di Tabika Kemas Pangkalan TLDM dimana beliau sekali lagi menjuarai bahagian lelaki.
Kejayaan adik Irfan ini telah melayakkan beliau ke peringkat seterusnya iaitu peringkat Negeri.Pertandingan kali ini telah diadakan di Daerah Hilir Perak di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh.Di dalam pertandingan tersebut adik Irfan telah hanya mendapat tempat saguhati namun sedikit sebanyak mendedahkan beliau serta pengalaman yang tidak terhingga.Sebelum ini Tabika Kemas IPD Manjung pernah melayakkan diri ke peringkat Daerah bagi acara Rounders pada tahun 2010. Selamat Maju jaya adik Irfan dan Tabika Kemas IPD Manjung.
Sabtu, 13 Oktober 2012
SUKANEKA ZON SAMUDERA 2012
URUSETIA SUKANEKA TBK KEMAS ZON SAMUDERA |
UCAPAN WAKIL KEMAS |
Acara bermula dengan acara berjalan lalu,nyanyian lagu Negaraku,Lagu Kemas dan persembahan 'Chicken Dance'dari kesemua kanak kanak.Seterusnya kata kata aluan Pengerusi Zon Samudera En Mohd Shukor Alhadi dan ucapan perasmmian dari Wakil Kemas.
JAGOAN LARI 30 |
TARIK TALI
|
LERET BOLA |
JUARA TBK KEMAS IPD MANJUNG |
Tidak secara langsung adanya sukaneka ini mengeratkan silatulrahim antara semua.Maju sukan untuk Zon Samudera.
AIS KRIM GERGASI |
Rabu, 3 Oktober 2012
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KDPM-KDC/IPG IPOH KE KOTA KINABALU
Awal pagi sudah bangun sebab perlu berada di IPG Kampus Ipoh jam 0600 pagi.Jadi kebanyakkan di antara kami dihantar oleh suami dan berkenderaan sendiri dan bersolat subuh di surau IPG.Dari Ipoh kami ke LCCT -KLIA di mana kapalterbang berlepas sebelah pagi.Masing masing teruja almaklumlah ada antara kami pertama kali naik kapalterbang,jadi bercampur baur perasaan kami,ada seronok ,takut pun ada ,masing masing berdoa semoga selamat pergi dan balik.
Akhirnya dapat juga kami menjejaki kaki ke negeri bawah bayu yang selama hanya mendengar dari media masa dan cerita pengalaman dari suamiku semasa berkhidmat dalam TLDM yang selalu ke Malaysia Timur.Kami menginap di Marina Court Kondo yang berdekatan dengan Bandaraya Kota Kinabalu dan boleh melihat pemandangan laut yang indah.Jadi setelah kami melepaskan penat semasa perjalanan maka bermulalah acara dengan menjamu selera bersama sama pensyarah dan rakan seperjuangan.
Pada hari pertama kami telah di bawa melawat sebuah Tabika Kemas Kampung Petagas dimana dapat melihat suasana kelas dan kanak kanaknya.Seterusnya kami telah menaiki bot menuju ke Sekolah Menengah Pulau Gaya di Pulau Gaya.Keistimewaan sekolah ini adalah keseluruhan bangunannya berada di atas air.Kami diberi taklimat berkenaan sekolah kedua dua tempat tersebut.
Alangkah penat sehari melawat kawasan itu,maka pada malamnya adalah waktu santai bagi kami.Bagi yang membawa wang lebih bolehlah berbelanja sedikit dan membeli ole ole untuk kaum keluarga.Tempat menjadi kunjungan adalah "pasar Filipina" di mana boleh terdapat pelbagai aksesori perhiasan yang diperbuat dari mutiara dan bermacam lagi jualannya.Di sebelahan pasar
tersebut terdapat medan selera yang dianggap syurga makanan laut tetapi awas dengan harga dan kebersihannya.Kami juga sempat merayau rayau di pasar malam berhampiran mencari apa yang berkenan.
tersebut terdapat medan selera yang dianggap syurga makanan laut tetapi awas dengan harga dan kebersihannya.Kami juga sempat merayau rayau di pasar malam berhampiran mencari apa yang berkenan.
Pada keesokan hari kami telah menuju ke Kundansang.Tempat ini lebih kurang seperti di Cameron Highland terdapat pelbagai jenis sayur sayuran yang segar dan subur disebabkan faktor geografinya bertanah tinggi dan beriklim sejuk.Walaupun tidak dapat menjejak kaki puncak Gunung Kinabalu namun dapat berlatarbelakangkan gunung tertinggi di Malaysia ini sudah membanggakan kami.Sepanjang pergi dan balik ke Kundansang itu kami sempat melihat tempat pemulihara ikan kelah yang banyak dan lagi jinak.Di kesempatan itu kami dapat merasa terapi ikan ikan tersebut sambil memberi makanan.Disamping itu sempat merakamkan keindahan di sepanjang perjalanan antaranya Jambatan Tamparuli dan Gunung Kinabalu.
Location:MALAYSIA
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Rabu, 19 September 2012
MAIN SAPU TANGAN
Pemain dikehendaki membuat bulatan dan duduk mencangkung.
Pemain akan memilih seorang untuk membawa saputangan berjalan mengelilingi bulatan tersebut.
Pembawa saputangan(pemain A) boleh meletakkan saputangan di belakang pemain lain yang dipilih (pemain B) tanpa disedari oleh pemain itu.
Pemain A perlu lari kerana akan dikejar oleh pemain B.
Pemain B perlu mengejar pemain A dan memukul pemain A dengan saputangan itu.

LASTIK GETAH
Kebiasaan permainan ini digemari oleh kanak kanak lelaki.
Pemain akan memacakkan 2 batang kayu atau lidi di atas tanah kanan dan kiri pada berkeadaan jarak lebih kurang 4 inci.
Seterusnya memasangkan 2 urat getah merentang kayu sebagai para.
Kemudian sangkut(letakkan) sebanyak mungkin getah di atas para tadi.
Pemain akan berdiri pada jarak 1 setengah meter dan akan melastik getah tersebut.
Getah yang jatuh adalah miliknya.
Sekiranya pemain melastik tidak menjatuhkan getah,maka giliran seterusnya pada pemain lain.
Ulang sehingga semua getah di atas para habis dilastik.
Selasa, 18 September 2012
PERIGI RACUN
Buat beberapa kumpulan kecil yang mengandungi antara 4 hingga 6 orang kanak kanak.
Kanak kanak dikehendaki berpegangan tangan dan membentuk bulatan(dalamnya diletakkan gelung rotan yang dijadikan perigi racun).
Mereka akan menarik antara satu sama lain dalam bulatan.
Masing masing cuba mengelak daripada terpijak ataupun termasuk dalam bulatan.
Sesiapa yang terpijak atau terjatuh ke dalam bulatan dikira mati dan dikeluarkan daripada kumpulan.
Sabtu, 15 September 2012
SUSUN SELIPAR
Permainan dimainkan oleh kanak kanak lelaki dan perempuan .
Peralatan yang diperlukan adalah tiga belah selipar dan sebiji bola.
Pemain yang pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling bola ke arah selipar yang telah disusun.
Setiap pemain dibenarkan membuat tiga kali balingan untuk menjatuhkan semua selipar.
Pemain kedua dari kumpulan utama boleh menyambung permainan dengan melontar bagi menjatuhkan baki selipar.
Sekiranya semua selipar dijatuhkan maka pemain kumpulan kedua berusaha mematikan lawannya dengan membuat balinagn bola dan dihalakan ke arah badan kumpulan utama.
Satu mata diberikan jika pemain kumpulan utama berjaya menyusun semula kesemua selipar.

GASING
Permainan individu dimainkan oleh kanak kanak lelaki di halaman rumah atau tempat lapang.
Membuat satu bulatan dengan cara menggores di atas permukaan tanah.
Menentukan penentuan dengan cara setiap pemain melontar gasing masing ke arah garisan penentuan.
Gasing yang jatuh hampir dengan garisan serta berpusing akan mengambil giliran pertama.
Gasing yang paling jauh dan tidak berpusing dijadikan gasing penahan.
Pemain pertama memulakan permainan dengan cara memangkah gasing penahan yang berada di dalam bulatan.
Setiap pemain mestilah memiliki kemahiran melilit gasing,menjatuh dan memusingkan gasing.

LAWAN BOLA
Permainan individu ini dimainkan di anjung rumah atau tempat lapang bertutup.
Pemain menyediakan peralatan permainan seperti bola ,pemain(kertas keras) dan gol daripada kertas.
Kedua dua pemain menyusun kedudukan pemain seperti susunan pemain bola sebenar.
Memulakan sepakan bola dengan cara menjentik pemain atau menepuk pemain.
Sekiranya tepukan kuat dan baik bola meluncur laju ke arah gol dan masuk.
Kedua dua pemain berusaha mengalahkan lawan masing masing dengan menyumbat gol.
Pemain yang berjaya menjaringkan gol paling banyak dikira pemenang.

Jumaat, 14 September 2012
CARI CUCU
Permainan ini amat digemari oleh kedua dua kanak kanak.
Sebatang kayu diibaratkan sebatang tongkat dan sehelai saputangan atau kain digunakan sebagai penutup mata.
Undian dilakukan bagi mencari seorang pemain yang menjadi nenek.Manakala yang lain menjadi cucunya.
Seterusnya cucu berpegangan tangan menglilingi (bulatan) nenek.
Kemudian mendendangkan lagu dan cucu tersebut bergerak mengelilingi nenek ditengah tengah bulatan.
Selesai cucu nyanyian itu tiba giliran nenek menyanyi lagu tersebut.
Seterusnya nenek mencari seseorang yang berada dikelilingnya.

ACI SOROK
Kanak kanak lelaki dan perempuan menggemari permainan ini dan adakalanya bermain bersama sama.
Undian dilakukan untuk mendapatkan seorang pemain yang berperanan sebagai pencari.
Manakala pemain lain dikenali sebagai awak awak.
Tiang atau pokok akan dijadikan rumah induk untuk pencari membuat kiraan 1 sehingga 100 sambil menutup matanya.
Sejurus selesai membuat kiraan ,pencari memulakan pencariannya.
Pencari mestilah menyebut nama pemain diikuti sebutan 'ibu' apabila berjaya menjumpai salah seorang pemain.

Khamis, 13 September 2012
KONDA KONDI
Permainan dimonopoli oleh kanak kanak lelaki.
Terlebih dahulu melakukan undian mendapatkan giliran sebagai pemain kumpulan utama dan kumpulan kedua.
Lubang dikorek di atas permukaan tanah.Pemain utama meletak kayu anak melintangi lubang.Lalu menguis kayu anak menggunakan kayu ibu.
Pemain kumpulan kedua berusaha menangkap kayu anak yang melambung di udara.
Jika kayu anak berjaya disambut,maka kumpulan utama dikira mati.Giliran permainan bertukar.Kumpulan kedua akan mengambil alih.
Meneruskan permainan pada tahap kedua.Pemain utama memukul kayu anak.
Pemain utama berusaha menghalang kayu anak yang dibaling oleh pemain kedua.
Mata dikira dengan cara membaringkan kayu anak menghala ke arah lubang.

JALA ITEK
Permainan ini menjadi kegemaran kanak kanak lelaki dan perempuan,malah mereka bermain bersama sama.
Dua orang pemain dilantik sebagai ketua dan mereka dikehendaki mencari ahli kumpulan masing masing.
Setiap ketua memilih nama samaran masing masing .Hanya mereka berdua sahaja yang mengetahuinya.
Kedua dua ketua berdiri secara berhadapan sambil memegang tangan masing masing dan diangkat sedikit ke atas.
Sambil mendendangkan nyanyian ,awak awak berjalan di bawah tangan kedua dua ketua tersebut.
Pemain yang ditangkap dikehendaki memilih nama samaran .Jika pemain memilih nama samaran ketua yang pertama, maka pemain ini menjadi ahli kumpulannya.
Setelah setiap kumpulan mempunyai ahli masing masing ,kemudian melakukan adu kekuatan.Kumpulan yang berjaya menarik masuk kumpulan lawan ke kawasannya dikira sebagai pemenang.

Add caption |
Isnin, 10 September 2012
CONGKAK
Kebiasaan permainan individu ini dimainkan oleh kanak kanak perempuan.Selain kanak kanak ,golongan perempuan dewasa juga meminatinya.
Bahan utama digunakan ialah guli,batu kerikil,biji getah boleh dijadikan biji congkak.Pemain juga menyediakan gelanggang permainan samada menggali lubang atau papan congkak buatan manusia.
Setiap pemain memasukkan 7 biji buah congkak ke dalam setiap lubang congkak.
Permainan dimulakan serentak dan setiap pemain berusaha menambah bilangan buah congkak di dalam lubang rumah masing masing.Permainan berterusan sehingga tiada lagi buah congkak berada di dalam lubang di kampung masing masing.
Permainan ini mengambil masa yang agak lama dan pemain yang berjaya memungut buah congkak terbanyak dianggap pemenang permainan ini.

Langgan:
Catatan (Atom)